Emak lah yang banyak memberiku semangat untuk aku meneruskan Degree dalam Mechanical Engineering walaupun emak tahu aku benci kejuruteraan sangat - sangat. Emaklah yang membuatkanku bertahan sehingga tamat pengajian. Sehingga aku berjaya grad tanpa extend pengajian. Jasa mak amat besar. Di saat aku tersungkur, emaklah yang banyak berkorban. Emaklah yang bersama aku saat aku dipulau kawan - kawan dan mcm2 masalah lagi.
Emak jugalah yang menyokong aku menyambung Master dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional sebab menurutnya aku memang dilahirkan untuk bercakap.. dan terus bercakap. Emaklah yang menjadikan aku mendapat pointer melebihi 3.75 dalam Master aku. Tq Mak. Emak juga yang bersama aku menghabiskan tesis aku dengan susah payah ke sana ke mari.Emak juga yang berdoa saat aku pening menghadap Sidang Viva dan final exam. Emak juga yang menangis bersama aku saat aku kecewa dengan kegagalan yg aku terima... Mak lah segalanya.
Jika aku nak ke mana2. Emaklah yang suka meneman. Emak juga sering risau kalau aku pergi mana2 seorang diri. Cuma emak x lagi sihat mcm dulu. Mak skrg kena jalan slow2. Mak kena dipimpin kerana kudratnya sudah berkurang. Tp mak tetap ramah dengan orang lain.
Mak ada lesung pipit. N aku juga mewarisi lesung pipit emak. Emak n aku sangat rapat. Malah emak juga banyak menyabarkan aku jika aku marah. Mak yang menjadi umpama air sejuk yang boleh memadamkan kemarahan aku walau sepanas mana pun aku....
Saat aku sakit .. emak lah yang menangis risaukan aku. Emak yang tekap kepala aku dengan airbatu jika aku demam. Mak yang belikan ubat di klinik dan farmasi. Mak pernah susah payah jaga aku masa kecil sehingga kata abah, emak x tdur 3 hari sebab menjaga aku waktu aku sakit masa baby dulu... Saat aku sakit, mak ada sisi. Saat tiada sesiapa bersama aku ketika aku sakit, mak tetap setia. Malah mak pernah berkata.. yang mak bersama aku di waktu aku sihat atau sakit. Jasa mak tiada tandingan bagiku.Aku bangga menjadi anak emak. Aku dah menunaikan hasrat emak. Menjadi seorang guru. Walaupun mak selalu kata mak x berpelajaran tinggi. Tp aku mahu mak tau.. mak ada 2 anak sahaja. N kami (aku n kakak) sudah berjaya. Kami sudah masuk Universiti. Aku sudah nak sambung PhD. Along pulak dah nak habis pengajian Master Pentadbiran Pendidikan. Along pun dah naik DG44 dan dapat Kaunselor Cemerlang selama 2 kali di negeri Perak. Malah menantu lelaki emak pun dah bergelar Doktor Falsafah di UPSI. Mak sebenarnya telah berjaya dan emaklah yang cemerlang. Mak sudah berjaya mak... Terima Kasih Emak ! Emaklah yang cemerlang. Bukan kami.
Aku kini mahu membina nama. Membanggakan mak. Menyara mak. Mak jgn risau. Adik akan menjaga mak sampai mak menutup mata.. Adik sanggup korbankan apa saja untuk emak. Jgnlah emak risau adik akan meninggalkan emak.. Jika emak takut yang mak akan kehilangan adik setelah adik berkahwin.. adik sanggup x kahwin sampai bila2 pun. ( tp adik tau mak nak sangat tgk adik kawin .. :) ) ..
Ampunkan dosa adik mak. Adik sayang mak. Selamat Hari Ibu Emakku Tersayang ... Puan Safiah Binti Mohd.


.jpg)
1 comments:
Ewan..Ni kak Nazie la..kim salam kat mak k..akak pun rindu giler kat mak Ewan yg vogue tuh...Ikan caru masak sambal dia mmg marbeles...Selamat Hari Ibu wat makcik..
K.Nazie.
Post a Comment